Overblog
Edit page Follow this blog Administration + Create my blog

AKTA PENDIDIKAN 1996

Posted by Siti Nazrina Na'an

2.1 PERATURAN DAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB

Sebagai penjawat awam, guru mesti mematuhi Peraturan Kelakuan dan tatatertib 1993 (Pindaan 2002). Dengan adanya peraturan ini, maka guru akan sentiasa berkelakuan baik dan bertata tertib mengikut garis panduan yang ditetapkan. Matlamat tatatertib adalah seperti: Supaya pegawai awam melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab. Supaya pegawai awam meletakkan kepentingan awam lebih daripada kepentingan mereka sendiri. Supaya pegawai awam menjaga imej perkhidmatan awam. Menghukum pegawai yang melakukan kesalahan atau melanggar peraturan.

Secara umum, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (pindaan 2002) mengandungi peraturan-peraturan seperti berikut: Peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan / kesalahan khusus. Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib. Prosedur dan tindakan tatatertib. Hukuman tatatertib. Peruntukan pelbagai yang berkaitan.

2.1.1 Peraturan-peraturan Tatakelakuan dan Tatatertib Secara Umum

TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

PENDAHULUAN

Kawalan tatatertib merupakan satu alat pengurusan yang penting bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap di dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah Jabatan.

PERATURAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB

Peraturan mengenai tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam adalah diperuntukkan di bawah

Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Secara keseluruhannya peraturan-peraturan ini mengandungi peruntukan-peruntukan berikut:

*Peraturan-peraturan mengenai tatakelakuan (code of conducts) serta larangan/kesalahan khusus;

*Tanggungjawab serta tugas kawalan dan pengawasan tatatertib;

*Prosedur dan tatacara tindakan tatatertib;

*Hukuman tatatertib;

*Peruntukan pelbagai yang berkaitan

TATAKELAKUAN (CODE OF CONDUCTS)

Tatakelakuan (code of conducts) bagi anggota perkhidmatan awam adalah seperti diperuntukkan di bawah peraturan 4, Peraturan-peraturan tersebut iaitu:

(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setia kepada yang di- Pertuan Agong, negara dan Kerajaan;

(2) Seseorang pegawai tidak boleh;-

(a) membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;

(b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadi nya bercanggah dengan tugas awamnya;

(c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:-

(i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya se-hingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau

(ii) dia telah menggunakan kedudukan awam nya bagi faedahnya sendiri;

(d) berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan/mencemarkan nama perkhidmatan awam;

(e) kurang cekap atau kurang berusaha;

(f ) tidak jujur atau tidak amanah;

(g) tidak bertanggungjawab;

(h) membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana- mana pegawai lain;

(i) ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa- apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah; dan

(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

“4A (1) Seseorang pegawai tidak boleh melaku- kan gangguan seksual terhadap orang lain,iaitu,seseorang pegawai tidak boleh;-

(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain secara seksual, atau meminta layanan seksual daripada orang itu:

atau

(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat seksual berhubung dengan orang lain, dalam keadaan yang setelah mengambil kira segala hal keadaan, akan menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut.

(2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan se suatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain :-

(a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara li san, bertulis atau dengan apa-apa lain;

(b) tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.

KEWAJIPAN MEMATUHI PERATURAN

Seseorang pegawai hendaklah mematuhi peruntukan peraturan-peraturan ini dan pelanggaran mana-mana peruntukan tersebut boleh menyebabkan dikenakan tindakan tatatertib.

Seseorang pegawai dianggap telah melanggar peruntukan peraturan-peraturan ini jika didapati telah melakukan apa-apa perbuatan atau salah laku yang bertentangan atau disifatkan sebagai bertentangan dengan mana-mana peraturan tatakelakuan berkenaan.

SURAT AKU JANJI

Kegagalan seseorang pegawai memberi aku janji sebagaimana dikehendaki atau gagal mematuhi terma-terma aku janji juga merupakan pelanggaran tatatertib.

TUGAS KAWALAN TATATERTIB

Tiap-tiap pegawai adalah bertanggungjawab menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib keatas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera. Kegagalan menjalankan tanggungjawab ini hendaklah disifatkan sebagai cuai dalam melaksanakan tugas serta tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

See comments

To be informed of the latest articles, subscribe:

Girl Gift Template by Ipietoon - Hosted by Overblog