Overblog
Edit post Follow this blog Administration + Create my blog

2015-02-25T12:07:24+01:00

BAB 3 : TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

Posted by Siti Nazrina Na'an

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialahpersekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan ,kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan ini berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahandan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Faktor tidak biasa berenggang dengan keluarga juga menjadi salah satu puncanya kenapa kanak-kanak mengalami gangguan emosi. Contoh situasi ialah, kanak -kanak yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda tekanan emosi jika ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh tadika. Kanak-kanak tersebut akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara. Jika kanak –kanak ini dimasukkan ke hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut kanak –kanak tersebut.

Kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak juga salah satu penyebab kenapa kanak-kanak mengalami gangguan emosi. Kasih sayang akan menberikan impak yang besar kepada emosi kanak-kanak yang sedang membesar yang sentiasa menginginkan tumpuan dan kasih sayang yang mencukupi. Kasih sayang yang cukup akan membuatkan semosi kanak-kanak menjadi stabil dan akan membuatkan mereka menjadi sangat gembira dan selesa dalam kehidupan seharian mereka.

Tindakan guru yang tidak memahami masalah anak ini mungkin akan mengabaikannya begitu sahaja tanpa memberikan perhatian , sokongan dan bimbingan. Dalam usaha untuk mendapatkan perhatian , kanak -kanak ini mungkin menjadi hiperaktif , sering mengacau kanak -kanak lain dan merayau -rayau sesuka hatinya. Tingkah lakunya mungkin akan menjejaskan program -program yang telah diaturkan di tadika atau di kelasnya. Kanak -kanak yang sebegini perlu mendapatkan penilaian yang terperinci bagi mengenal pasti ciri -ciri kelemahan dan kekuatan yang dimlikinya.

CARA MENANGANI TEKANAN EMOSI MURID

Program – program pendidikan sebagai sokongan dalam pembentukkan tingkah laku. Program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan meningkatkan konsep kendiri.

  • Murid yang mengalami masalah psikologi perlu mendapat khidmat sokongan daripada kaunseling.

  • Murid perlu diberi bimbingan kerjaya supaya dapat meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif

  • Kerjasama daripada ibu bapa sangat penting bagi meningkatkan akademik murid dari masa ke semasa.

  • Guru menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian dengan murid. Peneguhan positif diberikan kepada tingkah laku yang baik, manakala dendaan diberikan kepada tingkah laku negatif.

  • Murid mendapat pendedahan yang maksimum mengenai cara meningkatkan kecerdasan emosi dengan lebih berkesan.

  • Guru mahir dalam mengawal kelas melalui pendekatan peraturan. Murid perlu jelas dengan peraturan - peraturan yang telah disediakan oleh guru.

  • Murid perlu diberi peluang mengenai kesalahan yang telah dilakukan. Seterusnya diberi peluang untuk memperbaiki kesalahan tersebut

See comments

To be informed of the latest articles, subscribe:
comments

Girl Gift Template by Ipietoon - Hosted by Overblog